
Laporan/foto: Sufian Rashid
PAJAK SONG, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Program Wayang Pacak anjuran Jabatan Penerangan dalam siri Jiwa Komuniti Madani berjaya mengimbau kenangan zaman 80-an, ketika acara tayangan filem secara terbuka menjadi tumpuan ramai.
Menariknya, program ini bukan sahaja sekadar hiburan, tetapi turut berfungsi sebagai medium penyampaian maklumat penting kepada masyarakat dalam suasana santai.
Antara filem yang ditayangkan merangkumi tema kenegaraan dan sejarah, yang bertepatan dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Antara pengunjung yang hadir.
Lebih daripada sekadar tontonan, program ini turut menjadi landasan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan perpaduan komuniti.
Dalam menambah kemeriahan, sesi cabutan bertuah turut diadakan sebagai tanda penghargaan kepada para pengunjung yang setia mengikuti program dari awal hingga akhir.
Seorang penduduk Muhammad Nakha’ie, 35 menzahirkan rasa teruja dengan program seperti ini di kawasan berdekatan beliau.
“Walaupun hujan renyai, saya tidak lepaskan peluang untuk hadir menonton dan merasai suasana wayang pacak kerana sudah jarang dimainkan pada era digital, selain itu ia dapat menghidupkan kembali suasana pada zaman dahulu,” katanya, di sini kelmarin.
Turut hadir Pengurusi Komuniti Desa Madani Abdul Rahim Che Lah dan Jawatakuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Amir Yusoff.
-ZS-