
Laporan/foto: Khairul Othman (Kuala Pilah)
KUALA PILAH, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Bertemakan ‘Utamakan Kesihatan Mental di Tempat Kerja’, Sambutan Hari Kesihatan Mental Peringkat Negeri Sembilan berjaya menarik kehadiran lebih 700 masyarakat setempat dan ramai penjawat awam.
Sambutan yang diadakan di Dewan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Cawangan Kuala Pilah, di sini semalam dianjurkan oleh Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit daerah Kuala Pilah dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

Tengku Zamrah ketika melawat reruai pameran.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO Negeri Sembilan Tengku Zamrah Tengku Sulaiman menyarankan ketua-ketua jabatan membuat saringan kesihatan mental untuk kakitangan di bawah seliaan mereka dan orang awam digalakkan menggunakan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental di Talian 15555 bagi mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat.
“Kesihatan mental adalah sebahagian daripada kesihatan fizikal manusia secara menyeluruh kerana mental dan fizikal berhubung kait antara satu sama lain,” katanya.

Gimik perasmian.
Turut hadir Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pilah Noorzunita Begum Mohd Ismail dan Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Datuk Dr. Harlina Abdul Rashid.
-ZS-