
Laporan/foto: Khairul Nazrie Mat Nayan (Kinta)/Mohamad Ezwandi (Perak)
IPOH, 6 Okt (Malaysiaaktif) – Majlis Apresiasi sempena Program JIWA Komuniti MADANI Peringkat Daerah Kinta di MP BBQ Steamboat, Greentown Ipoh, di sini kelmarin dijayakan bagi menghargai 33 buah Komuniti MADANI di daerah ini.

Mohd Azlan ketika berucap merasmikan majlis.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak Mohd Azlan Helmi, ketika berucap menyempurnakan majlis berharap Program JIWA Komuniti MADANI dapat dijadikan sebagai satu kaedah penyampaian maklumat yang telus dan efisyen terus ke akar umbi.
“Penglibatan dan sokongan secara langsung daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan memberi kesan yang sangat baik kepada masyarakat setempat selain merapatkan jurang antara pemimpin tempatan dan masyarakat,” ujarnya.
Tambah Mohd Azlan, Komuniti MADANI juga diharap terus menjadi penggerak utama dalam membantu kerajaan mengukuhkan lagi kepimpinan dalam mencapai gagasan Malaysia MADANI selaras dengan slogan ‘Penggerak Komuniti Berinformasi’.

Mohd Azlan menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang.
Sementara itu, ADUN Menglembu Steven Chaw Kam Foon merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Penerangan (JaPen) dan Komuniti MADANI Daerah Kinta kerana berjaya melaksanakan program untuk masyarakat.
Turut hadir, ADUN Jelapang Cheah Pou Hian.
-ZS-