
Laporan/foto: Ashikin Mustafa/Mohd. Nasharuddin Mohd. Shah (Kota Tinggi)
KOTA TINGGI, 5 Okt (Malaysiaaktif) – Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Bencana Nasional 2024 yang diadakan di Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya, Kota Tinggi kelmarin, menunjukkan kesiapsiagaan semua pihak untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) tidak lama lagi.

Demonstrasi menyelamat mangsa ketika bencana oleh Pasukan Bomba Udara Malaysia
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga telah menetapkan 13 Oktober setiap tahun sebagai sambutan Hari Pengurangan Risiko Bencana Peringkat Antarabangsa.

Pameran aset jentera yang digunakan semasa berlakunya sesuatu bencana
“Di peringkat antarabangsa, tema yang di angkat adalah “Empowering The Next Generation For A Resilient Future”, manakala di peringkat kebangsaan tema sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional pada tahun ini adalah “Malaysia Madani, Siaga Bencana.
“Matlamat sambutan ini adalah untuk menunjukkan tahap kesiapsiagaan kerajaan sama ada di peringkat daerah, negeri dan pusat untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) serta memberi latihan dan pengetahuan kepada komuniti yang tinggal di kawasan berisiko tinggi agar sentiasa bersedia dan berjaga-jaga,” katanya.
Pelbagai aktiviti turut diadakan sempena Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional seperti pameran aset jentera, pemeriksaan kesihatan, servis motosikal, reruai pameran dan demonstrasi menyelamat mangsa ketika bencana oleh pasukan bomba udara.
Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Jabatan Perdana Menteri Datuk Khairul Shahril Idrus dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
-AA-