Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pahang Komited Mahu Jadi Negeri Penternak Lembu Berkualiti Tinggi

By 18 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azree Zaki

RAUB, 18 Okt (Malaysiaaktif) – Kira-kira 200 orang penternak dari seluruh negeri Pahang mendapat bantuan insentif dari Kerajaan Negeri Pahang di Majlis Perasmian Sidang Penternak, Penyerahan Insentif Wagyu dan Insentif Penternakan Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, semalam.

YAB Menteri Besar Pahang menyampaikan insentif dan bantuan kepada penternak-penternak Pahang

Pelbagai bentuk bantuan diberikan kepada para penternak di negeri ini seperti Insentif Ternakan Projek Wagyu Pahang, Skim Makmur Ternak, Program Transformasi Ayam Pedaging (PROTAP), Program Memperkasakan Ekonomi Agropreneur Rizab Makanan (MEKAR), Program Skim Tingkat Ekonomi dan Produktiviti Pahang (STEPP) dan Program Bantuan Peningkatan Jaminan Kualiti Produk Berasaskan Ternakan (UR-QAP).

Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail berkata beliau mahu Projek Ternakan Wagyu Pahang mencapai kejayaan dan menjadi contoh serta ikutan kepada negeri-negeri yang lain.

“Kestabilan politik juga amat penting supaya pelbagai bentuk bantuan dan insentif kepada rakyat berjalan dengan lancar,” katanya.

Sementara itu, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, Datuk Sri Ir. Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak berkata, pelbagai bentuk bantuan diberikan kepada penternak bertujuan memperkasakan keupayaan penternak-penternak di negeri ini.

“Negara-negara Eropah kini juga sudah memiliki ternakan lembu daging wagyu yang sendiri, bukan negara Jepun sahaja,” tambah beliau lagi.

Fadzil Yaacob, salah seorang penerima bantuan penternak negeri Pahang

Fadzil Yaacob, 40, dari Kuala Medang, Lipis menyatakan kesyukuran di atas bantuan Program Memperkasakan Ekonomi Agropreneur Rizab Makanan (MEKAR) yang diperolehi beliau.

“Bantuan tersebut akan digunakan sebaik mungkin untuk memajukan lagi ternakan lembu yang sedia ada,”ujarnya.

Hadir sama ke majlis ialah Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang Fadzli Mohamad Kamal, Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang Datuk Amizar Abu Adam, Ahli Dewan Negeri Batu Talam Datuk Abdul Aziz Mat Kiram, Ahli Dewan Negeri Tras YBM Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Pegawai Daerah Raub Datuk Khuzaidi Harun dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang Dr. Kamaliah Ghazali.

-AA-

Tinggalkan komen anda