Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Pejabat AI Kebangsaan Beroperasi Disember Ini – Gobind

By 19 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 19 Okt (Malaysiaaktif) – Menteri Digital, Gobind Singh Deo memaklumkan Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan akan mula beroperasi Disember ini.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo ketika ditemui media selepas hadir di program CSR MyNIC di Dewan Masyarakat Taman Selayang Utama

Menurutnya, pejabat tersebut bertujuan melihat sejauh mana teknologi baharu memberi kesan kepada kehidupan, kerajaan, masyarakat dan sebagainya.

“Kita nak pastikan kita bersedia utk perubahan-perubahan yg perlu kita laksanakan, bakat-bakat yang perlu disediakan.

“Supaya negara kita dapat mengambil bahagian dan menikmati sepenuhnya faedah daripada teknologi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas program tanggungjawab sosial korporat MyNIC Berhad (MyNIC) di Dewan Masyarakat Taman Selayang Utama di sini hari ini.

Gobind (tengah) menyerahkan Geran Latihan Keusahawan Digital kepada salah seorang penerima

Dalam program tersebut Gobind menyampaikan bakul makanan kepada 30 keluarga dan 12 orang penerima geran latihan usahawan digital e-dagang.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MyNIC Datuk Hasnul Fadhly Hassan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Damansara turut mengulas pembentangan Bajet 2025 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberi fokus kepada ekonomi digital.

“Kerajaan memberi fokus bagaimana boleh menggerakkan usaha-usaha melihat rakyat Malaysia mengambil bahagian di dalam ekonomi digital.

“Kita lihat banyak ucapan perdana menteri memberi fokus kepada perlunya kita mengembangkan keupayaan kita dalam bidang AI ini,” jelasnya.

-AA-

Tinggalkan komen anda