Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pendakian Puncak Bukit Besar Sempena Hari Sukan Negara

By 14 Oktober 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatihayatul Sadi/Shuhaimi Ahmad (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Terengganu, bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menganjurkan program Pendakian Puncak Bukit Besar, melibatkan 100 peserta dari pelbagai agensi termasuk Jabatan Pendaftaran Negara dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Senaman regangan dilakukan sebelum pendakian bukit.

Program yang diadakan semalam bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan aktiviti fizikal.

Pengarah Penerangan Negeri Terengganu Sait Yaman, berharap agar inisiatif ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh sokongan terhadap Kementerian Belia dan Sukan.

“Usaha ini penting untuk memajukan sukan di peringkat jabatan dan menggalakkan kerjasama dengan agensi lain pada tahun hadapan,” katanya.

Peserta melakukan pendakian ke puncak Bukit Besar.

Turut hadir Penolong Pengarah Keselamatan Negeri Terengganu Nurul Laila Suhaimi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda