Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Penduduk Jalan E6 Dibenarkan Pulang

By 17 Oktober 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang

HULU KELANG, 17 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 36 orang penghuni Jalan E6, Taman Melawati di sini dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing bermula pukul 6.00 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan agensi berkaitan mengesahkan tebing runtuhan berkenaan stabil dan selamat.

Kelihatan penduduk Jalan E6 Taman Melawati yang tinggal di pusat pemindahan sementara sedang mengemas barangan sebelum pulang ke kediaman masing-masing.

“Tiada pergerakan tanah dikesan namun kerja-kerja mitigasi dan pengukuhan cerun masih giat dijalankan.

“Persetujuan agensi-agensi berkaitan membenarkan penduduk Jalan E6 pulang jam 6 petang,” katanya dalam sidang media hari ini.

Pada Selasa, berlaku tanah runtuh di sebuah bukit di persimpangan Jalan Serdang dan Jalan E6, Taman Melawati, sekitar pukul 10.30 pagi apabila hujan lebat berterusan sejak pukul 9.00 pagi.

Susulan itu, seramai 36 orang penghuni daripada 16 kediaman diarahkan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

-ZS-

Tinggalkan komen anda