Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Perayaan Pesta Cahaya Lebih Bermakna Bersama Keluarga

By 22 Oktober 2024November 6th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain (Alor Gajah)

MASJID TANAH, 22 Okt (Malaysiaaktif) – Majlis penyampaian sumbangan perayaan Deepavali Peringkat Parlimen Masjid Tanah dibawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka memberi peluang kepada pemimpin untuk bertemu dengan rakyat selain dapat bersama memeriahkan sambutan perayaan berkenaan yang bakal menjelang akhir bulan ini.

Penyampaian sumbangan oleh Ketua Menteri Melaka

Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh, pembangunan keluarga yang bahagia bermula dengan keadaan ekonomi yang baik dan kerajaan terus komited untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

”Kerajaan negeri sentiasa mengutamakan kesejahteraan setiap rakyat dan berkat kestabilan politik dan kerajaan hari ini, semua pihak dapat merasakan faedahnya,” katanya.

Seramai 190 penerima yang hadir semalam telah mendapat sumbangan berbentuk wang tunai dan kelengkapan perayaan Deepavali.

Turut hadir, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin dan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri, Halyjah Muhammad.

-AA-

Tinggalkan komen anda