Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

PKOB Kuala Selangor Mula Operasi Hari Ini

By 17 Oktober 2024Oktober 21st, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azfa Saffie (Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR, 17 Okt (Malaysiaaktif) – Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kuala Selangor beroperasi hari ini bagi persediaan fenomena air pasang besar kerana peralihan Monsun Timur Laut (MTL).

Pengamal media yang mahu membuat liputan adalah diwajibkan untuk mendaftarkan diri kepada Pegawai Pengurus Media Daerah Kuala Selangor yang beroperasi di PKOB, menerusi talian 012-4381432.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Selangor, Mohd Raiz Radzuan dalam satu kenyataan berkata pihak media juga wajib memakai atau menunjukkan pas media yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia sepanjang membuat liputan.

Mohd Raiz Radzuan yang juga Pegawai Daerah Kuala Selangor turut memaklumkan pihaknya mengarahkan semua ketua jabatan dan agensi terlibat untuk memastikan PKOB diaktifkan di peringkat masing-masing.

“Ini bagi memudahkan operasi bantuan disalurkan kepada semua golongan yang terkesan.

“Orang ramai dimohon untuk menghubungi PKOB di talian 03-32897632 atau Whats App Helpline Bencana PDT Kuala Selangor di 011-16717100 untuk melaporkan bencana di kawasan masing-masing,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda