Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

PPKK perlu Memainkan Peranan dalam Menjamin Kualiti Hidup Masyarakat

By 8 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parimala Devi Suppiah/Hafiezuddin Ghazazi

JELEBU, 8 Okt (Malaysiaaktif) – Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) perlu memainkan peranan dalam mempromosikan amalan hidup sihat dan menjamin kualiti hidup dalam kalangan masyarakat.

“Panel Penasihat Klinik Kesihatan di bawah Klinik Kesihatan perlu membantu supaya apa yang diagendakan oleh aspirasi perpuaduan kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan dapat disampaikan kepada masyarakat menerusi panel penasihat yang yang dilantik daripada kalangan pemimpin masyarakat dan ketua-ketua komuniti.

Jalaluddin turut melawat reruai pameran.

“Penduduk Negeri Sembilan mencatat negeri tertinggi dengan kadar penyakit diabetes iaitu hampir 33 peratus,” katanya.

Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata demikian ketika merasmikan Program Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Kem Diabetes Peringkat Daerah Jelebu di FELDA Pasoh 1, di sini pagi tadi.

Program ini adalah salah satu usaha istiqamah Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu dalam menyokong agenda kesihatan nasional dan memperkasakan komuniti ke arah gaya hidup yang lebih sihat

“Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023, 15 peratus rakyat Malaysia menghidap diabetes, yang lebih membimbangkan enam peratus daripada mereka tidak tahu bahawa mereka sebenarnya menghidap penyakit ini.

“Kem Diabetes yang diadakan pada hari ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang tepat dan terkini kepada komuniti tentang pencegahan, pengurusan serta rawatan penyakit diabetes,” kata Pegawai Kesihatan Daerah Jelebu Dr. Mohd Safrin Mohamad Bashaabidin.

Ikrar Rukun Negara.

Program anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu yang berlangsung pada ini telah menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma, konsultasi pemakanan sihat, kenali ubat anda, klinik berhenti merokok, kesihatan remaja dan warga emas, kesihatan lelaki dan pemeriksaan mata secara percuma.

-ZS-

Tinggalkan komen anda