Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PPS Pertama Dibuka di Perak Tengah

By 17 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aniss Rahin/Affifa Aroff Nizam (Perak Tengah)

BOTA KIRI, 17 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 33 penduduk dari Perkampungan Warisan Budaya Pulau Misa Melayu telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PSS) di Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Teluk Kepayang, di sini petang kelmarin.

Agensi strategik di daerah yang bertungkus lumus memberikan perkhidmatan terbaik kepada mangsa banjir.

Salah seorang mangsa, Muhamad Hafizuddin Abd Rahman, 33, mewakili Penghulu Hamba Rakyat Pulau Misa, berkata air mulai naik selepas waktu subuh dan perkampungan tersebut telah ditenggelami air sungai ekoran pelepasan air di Stesen Kuasa Empangan Chenderoh.

“Syukur kerana air mulai naik menjelang waktu pagi dan tiada mangsa yang terkandas meskipun ada barang yang tidak dapat diselamatkan.

“Pasukan penyelamat juga bertindak pantas dalam memberikan bantuan awal menyelamat dan mencegah keadaan jadi lebih buruk kerana keadaan air naik agak cepat,” ujarnya.

Muhamad Hafizuddin (berkopiah) yang mewakili Penghulu Hamba Rakyat Pulau Misa berkata ini merupakan pengalaman pertamanya dipindahkan ke PPS dan menggalas tanggungjawab bagi memastikan mangsa lain dalam keadaan baik.

Sementara itu, anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak Tengah Sarjan Azman Din, 47, selaku pegawai yang bertanggungjawab di PPS berkenaan, menjelaskan keadaan terkini banjir masih lagi terkawal.

“Rondaan pemantauan paras air dibuat bagi mengenal pasti kawasan hotspot (kawasan panas) bencana dengan kerjasama agensi strategik yang lain,” ujarnya ketika ditemu bual semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda