Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Program Jualan Harga Patut SKM dapat Sambutan

By 28 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 28 Okt (Malaysiaaktif) – Bersempena dengan Karnival Kerjaya MYFuturejobs PERKESO Perlis yang berlangsung di Dewan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kubang Gajah, di sini satu program Jualan Harga Patut turut diadakan.

Program Jualan Harga Patut di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ternyata mendapat sambutan yang mengalakkan daripada orang ramai dan penduduk setempat.

Abdul Hadi (kanan) melayan pelanggan di program Jualan Harga Patut.

Antara objektif utama penganjuran jualan ialah memberi akses kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan barangan keperluan dengan kadar lebih murah.

Menurut Abdul Hadi Halipah, 39, daripada Syarikat Koperasi 1 Harakah Berhad yang menguruskan jualan harga patut tersebut, sebanyak 900 kampit beras telah disediakan sepanjang dua hari karnival kerjaya tersebut diadakan.

“Pihak kami juga menyediakan sebanyak 450 ekor ayam berserta dengan pelbagai barang keperluan asas seperti bawang, cabai, tepung gandum dan sardin yang semuanya dijual dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran biasa,” jelasnya semalam.

Tambah beliau lagi, terdapat juga ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk mencari kerja di Karnival Kerjaya MYFuturejobs ini, mengambil peluang untuk membeli barang-barang di program tersebut.

Hakimi Man bersama barang keperluan asas di program Jualan Harga Patut sempena Karnival Kerjaya MYFuturejobs di UniMAP.

Bagi seorang pengunjung Hamiki Man, 61, dari Taman Hijrah, berkata penganjuran program Jualan Harga Patut ini nyata dapat membantu meringkankan beban rakyat.

“Saya berharap program seperti ini dapat diadakan lebih banyak lagi pada masa hadapan,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda