Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

RDC Cambah Minat Masyarakat Kuasai Bidang Sains dan Inovasi

By 9 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Kartini Abdul Aziz (Muallim)

TANJONG MALIM, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Ruang Daya Cipta (RDC) Tanjong Malim antara 16 RDC yang telah dibangunkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bagi menggalakkan dan membudayakan inovasi akar umbi yang berpotensi untuk dikomersialkan.

Peserta bengkel berpeluang memasang robot kawalan jauh.

RDC Tanjong Malim telah dirasmikan pada 11 Mei lalu oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Pelbagai kemudahan dan bengkel disediakan secara percuma untuk kegunaan orang awam seperti ruang studio bual bicara, kelas pengendalian dron, percetakan 3 dimensi (3D) dan bengkel robotik.

Menurut salah seorang tenaga pengajar Mohd Faizal Mohd Fadil, 40, penyertaan bagi mengikuti bengkel asas robotik yang dikendalikannya mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat setempat khususnya golongan remaja.

“Bengkel robotik yang diadakan setiap dua minggu ini membolehkan peserta mempelajari sistem asas robotik, aktiviti automasi dan kawalan jauh melalui telefon bimbit.

Chang Lih Kang ketika merasmikan RDC pada 11 Mei lalu di 1 Met Hub Tanjong Malim. (Sumber: FB Chang Lih Kang)

“Aktiviti ini mampu merangsang kreativiti peserta serta memupuk minat dalam bidang inovasi di kalangan anak muda,” katanya ketika ditemui, kelmarin.

RDC Tanjong Malim beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda