
Laporan/foto: Zulkifli Othman (Besut)
BESUT, 3 Okt (Malaysiaaktif) – Rukun Negara merupakan falsafah kebangsaan Malaysia yang dibina atas lima prinsip utama sebagai panduan dalam kehidupan bermasyarakat yang dibentuk bertujuan membina perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Seramai 60 orang pelajar telah mengikuti program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Kelab Malaysiaku bertempat di SMK (A) Nurul Ittifaq, di sini kelmarin.

Ceramah Rukun Negara oleh Pegawai Penerangan Daerah Besut.
Pegawai Penerangan Daerah Besut Nursaliza Shapie, menegaskan prinsip Rukun Negara perlu diamalkan oleh semua warganegara supaya tidak berlaku perselisihan faham dalam usaha mengekalkan keharmonian dan perpaduan rakyat dalam negara ini.
“Rukun Negara juga adalah untuk membentuk kerjasama serta sifat tolenransi antara semua kaum bagi mengatasi kepentingan peribadi tanpa mengira kefahaman politik untuk menuju kearah sebuah negara maju.
“Kebersamaan kita untuk memahami aspirasi ini dan menterjemahkannya dalam kehidupan adalah sangat dituntut agar aspirasi yang diinginkan ini dapat direalisasikan secara lebih sempurna,” katanya.

Ruzaimi Zakaria, berkata pelajar perlu menghayati Rukun Negara bagi melahirkan warganegara yang bertanggungjawab.
Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Nurul Ittifaq BesutRuslimi Zakaria, mengingatkan para pelajar menghayati amalan Rukun Negara agar menjadi seorang warganegara Malaysia yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara serta menjadi medium pembinaan bangsa.
“Apabila pelajar meninggalkan alam persekolahan dan akan melanjutkan pengajian di pusat pengajian tinggi, disini pentingnya memahami rukun negara kerana pelajar akan bergaul dengan rakan-rakan dari belbagai agama, kaum dan adab yang berbeza,” katanya semasa menyampaikan ceramah.
Peserta program Nik Rafique Nik Mohd Badrul Hisam, 16, berharap agar program ini dapat memupuk perpaduan dan semangat cintakan keamanan serta pemahaman dengan mengamalkan prinsip Rukun Negara di kalangan para pelajar.
-ZS-