Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Sambutan Hari Warga Emas Pulau Pinang Meriah

By 18 Oktober 2024Oktober 21st, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahari Zakaria/S.Shanmuganathan

PERMATANG PAUH, 18 Okt (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Warga Emas di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir , di sini kelmarin berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 200 peserta Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dari seluruh Parlimen di Pulau Pinang.

Senaman kerusi bersama PAWE Permatang Pauh.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk senaman kerusi, pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah tentang kesihatan warga emas, jualan produk PAWE dan pameran agensi kerajaan.

Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah Datuk Kamarul Haizal Koderat hadir merasmikan majlis dan memuji semangat peserta yang masih aktif menyertai program sebegini.

“Kerajaan komited dalam memastikan warga emas dihormati dan bermartabat, selaras dengan tema sambutan iaitu Penuaan Bermaruah: Memperkukuh Sistem Penjagaan dan Sokongan Warga Emas,” katanya.

Pameran oleh jabatan dan agensi kerajaan.

Beliau turut berkongsi statistik terkini bagi sukuan kedua 2024 menunjukkan peningkatan warga emas di Malaysia di mana 11.6 peratus rakyat kini berusia lebih 60 tahun, dengan jangka hayat meningkat kepada 74.8 tahun.

“Ini bukti warga emas semakin bijak menjaga kesihatan, menjadikan hidup mereka lebih ceria dan bermakna,” katanya.

Program ini turut mendapat sokongan Jabatan Penerangan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) dan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda