
Laporan/foto: Rose Ryqal/Wan Der
KLANG, 20 Okt (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Warga Emas Sedunia Peringkat Daerah Klang telah diadakan di Dewan Hamzah, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), di sini hari ini.

Pameran dan permainan interaktif yang dianjurkan oleh jabatan/agensi
Program yang bertemakan Penuaan Sihat Dan Kesedaran Strok ini telah dihadiri anggaran 500 orang.
Menurut Ketua Unit Kesihatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Dr Salina Md Taib, Malaysia dijangka akan mencapai status negara tua pada tahun 2035 apabila 15% daripada penduduk merupakan warga emas iaitu 60 tahun dan ke atas.

Antara tetamu yang hadir ke Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Daerah Klang
“Daerah Klang merupakan antara daerah yang paling ramai populasi warga emas disebabkan penurunan kadar kelahiran, perkhidmatan kesihatan yang semakin baik dan peningkatan purata jangka hayat daripada 66 tahun kepada 76 tahun dalam tempoh 10 tahun,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Teluk Menegun, Hasan Musa, 65, memberi respon yang positif mengenai program ini.
Beliau turut membawa peserta warga emas seramai 40 orang menaiki bas yang disediakan.
Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya Forum Perdana, Pameran Jabatan/Agensi, Pemeriksaan Kesihatan, Persembahan Warga Emas dan Cabutan Nombor Bertuah.
-AA-