Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sambutan LTdL 2024 Peringkat Daerah Yan Meriah

By 1 Oktober 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fauziah Abdul Wahab (Yan)

YAN, 1 Okt (Malaysiaaktif) – Acara sambutan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Yan meriah dengan kehadiran orang ramai yang membanjiri Pekan Sungai Yan bermula pukul 11.30 pagi semalam bagi menunjukkan sokongan dan juga menyaksikan sendiri acara berprestij di Asia Tenggara ini.

Orang ramai di daerah Yan tidak melepaskan peluang untuk melihat pelumba-pelumba LTdL 2024.

Ketibaan peserta LTdL disambut dengan sorakan dan kibaran Jalur Gemilang sebagai tanda sokongan kepada para pelumba terutamanya pelumba yang mewakili Malaysia.

“Saya amat gembira kerana dapat merasai pengalaman menyaksikan sendiri perlumbaan LTdL ini,” kata seorang pengunjung Mohd Jalaludin Zakaria, 20.

Keadaan cuaca yang panas tidak menghalang orang ramai untuk terus setia menanti ketibaan para peserta.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar sebagai kenangan.

Kehadiran kereta berhias LTdL menambahkan lagi keceriaan orang ramai apabila mereka turut beramah mesra dengan para pengunjung dan mengagihkan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda