
Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek(Alor Gajah)
MACHAP JAYA, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Program Sejati MADANI di bawah kelolaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) membuka peluang kepada komuniti untuk menjana pendapatan melalui permohonan dana bagi menjalankan aktiviti ekonomi.

Ucapan Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Melaka.
Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Melaka Afzai Nizam Sandiman, berkata ini merupakan program kerajaan pertama setelah merdeka yang menyediakan dana bagi membantu komuniti menjalankan aktiviti ekonomi dengan prosedur permohonan yang mudah.
”Seperti contoh pada hari ini, pembinaan Inap Desa Hutan Percha secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat di samping membantu Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Hutan Percha untuk menjana pendapatan sendiri sekali gus memperkasakan organisasi JPKK itu sendiri,” katanya, di sini semalam.

Majlis bacaan Yasin dan doa selamat.
Selain peruntukan Inap Desa, JPKK Hutan Percha turut menerima peruntukan bagi membeli barangan kelengkapan majlis perkahwinan seperti khemah, kerusi, meja dan alat siar raya.
-ZS-