Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Simulasi Latih Amal Mantapkan Kesiapsiagaan Hadapi Bencana

By 16 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahari Zakaria/S.Shanmuganathan

BUKIT TENGAH, 16 Okt (Malaysiaaktif) – Lebih 200 peserta daripada pelbagai jabatan, agensi dan pelajar telah menyertai Latih Amal Pelan Tindakan Kecemasan peringkat Daerah Seberang Perai Tengah, semalam.

Simulasi dramatik ini berlangsung di Depoh KTMB Bukit Mertajam, menampilkan senario kecemasan di mana sebuah kereta api tergelincir, mengakibatkan lima penumpang terkorban dan 85 yang lain cedera.

‘Mangsa’ cedera parah dalam kereta api.

Keadaan cemas ini menggambarkan situasi sebenar yang luar jangka dan mencabar kesediaan semua pihak yang terlibat.

Menurut Pegawai Perubatan Hospital Bukit Mertajam Dr. Asrul Izzani Yusuf, latihan ini merupakan satu platform penting untuk memastikan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara efisien.

“Latihan seperti ini memastikan setiap agensi sentiasa bersedia menghadapi situasi sebenar dengan pantas dan berkesan,” katanya.

Pihak Bomba mengeluarkan ‘mangsa’ yang terselamat.

Selain memperkukuhkan kerjasama antara agensi penyelamat, latihan ini juga menilai tahap kesiapsiagaan dari segi logistik, sumber manusia, dan kepakaran, memastikan segala tindakan dapat dikoordinasikan dengan rapi hingga ke peringkat tertinggi.

Latih amal ini turut melibatkan kerjasama erat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), selain penyertaan aktif daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penerangan, Universiti Teknologi MARA, Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda