Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Taklimat Kelangsungan Hidup Beri Pendedahan Keadaan dalam Hutan

By 10 Oktober 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Nurfariza Farnoh (Melaka Tengah)

AYER KEROH, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Taklimat survival (kelangsungan hidup) serta simulasi sebenar keadaan dalam hutan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka sempena Program JIWA Madani @ Kelab Malaysiaku Daerah Melaka Tengah telah diadakan di  di USIMA Forest Resort, Ayer Keroh, di sini semalam.

Simulasi menyalakan api.

Menurut Sarjan Donny Eric Sampi dari Batallion ke-8 Rejimen Renjer Diraja, taklimat bertujuan memberikan pendedahan kepada semua lapisan masyarakat cara mahupun tindakan yang harus dilakukan oleh individu sekiranya berada dalam situasi sesat di dalam hutan tanpa sebarang sumber air dan api.

“Penggunaan batu dan besi serta barangan kering boleh dijadikan salah satu sumber untuk meneruskan kehidupan di dalam hutan.

Antara peserta yang hadir.

“Manusia boleh hidup tanpa bekalan minuman selama tiga hari dan ianya mampu untuk individu terbabit mencari penyelesaian di sebalik kesukaran tersebut,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda