
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)
HULU KELANG, 16 Okt (Malaysiaaktif) – Sebanyak 11 keluarga di Jalan E6 Taman Melawati diarahkan mengosongkan kediaman mereka susulan kejadian tanah runtuh semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata kejadian sekitar jam 10.30 pagi melibatkan keluarga daripada 16 buah rumah yang didiami daripada 20 buah rumah.

Kerja-kerja membersih laluan utama Jalan E6 Taman Melawati sedang dijalankan.
“Kejadian di persimpangan Jalan E6 dan Jalan Serdang di Taman Melawati menyebabkan laluan utamanya terputus.
“Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan kecuali sebuah kenderaan milik penduduk di situ in rosak akibat timbunan tanah,” katanya semasa sidang media di sini semalam.
“Mereka dinasihatkan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan AU2 Taman Keramat.
“Ketika ini kita sedang menunggu penilaian daripada Jabatan Mineral dan Geologi (JMG) samada kawasan itu selamat diduduki atau tidak,” jelasnya.
Menurutnya beberapa agensi terlibat dalam operasi ini seperti Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Jabatan Kerja Raya (JKR), JMG, Tenaga Nasional Berhad (TNB) selain Pejabat Tanah Gombak.
-ZS-