Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Tiada Pergerakan Tanah, Penduduk Belum Dibenarkan Pulang

By 16 Oktober 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

HULU KELANG, 16 Okt (Malaysiaaktif) – Kajian serta siasatan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) menunjukkan tiada lagi pergerakan tanah dikesan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata JMG juga telah memberikan pandangan dan nasihat teknikal kepada agensi terlibat untuk urusan pembaikan cerun.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya.

“Pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya juga (MPAJ) sedang giat melaksanakan kerja-kerja laluan kepada mitigasi dan pembaikan cerun di Jalan G2 dan Jalan Serdang Taman Melawati.

“Penduduk di Jalan E6 yang terkesan dengan insiden ini belum dibenarkan pulang ke rumah sehingga kerja-kerja pembaikan cerun selesai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Azam, orang ramai adalah dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden ini dan memberi ruang pihak berkuasa untuk melaksanakan kerja- kerja pembaikan.

Kerja-kerja menutup permukaan kawasan runtuhan dengan kanvas hampir selesai.

Semalam, berlaku tanah runtuh di sebuah bukit di persimpangan Jalan Serdang dan Jalan E6, Taman Melawati, sekitar pukul 10.30 pagi akibat hujan lebat berterusan sejak pukul 9.00 pagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda