Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Anugerah ‘El Sol del Peru’ Penghormatan kepada Malaysia

By 15 November 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim

PUTRAJAYA, 15 Nov (Malaysiaaktif) – Anugerah pingat tertinggi Republik Peru, ‘El Sol del Peru’ (Mentari Peru) yang diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu penghormatan kepada negara kita Malaysia.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadhil dalam Sidang Media Mingguan Kabinet, di sini petang tadi, berkata Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri di atas anugerah pingat ‘El Sol del Peru’ (Mentari Peru)

“Jadi, ini adalah satu penghormatan dan juga satu kebanggaan bukan hanya untuk Perdana Menteri tapi juga untuk negara kita,” katanya.

Pingat berprestij itu disampaikan oleh Presiden Peru Dina Ercilia Boluarte Zegarra selepas pertemuan kedua-dua pemimpin di luar Minggu Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELW), dalam satu Istiadat Penganugerahan di Istana Kerajaan Peru, Rabu lalu.

Selasa lau, Anwar Ibrahim selamat tiba Lima, Peru bagi memulakan lawatan rasmi pertama beliau ke benua Amerika Selatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda