
Laporan/foto: Rusmiza Anuar/Maherah Marina Mahusein (Kuala Terengganu)
KUALA TERENGGANU, 29 Nov (Malaysiaaktif) – Festival Makanan yang diadakan di Pasar Raya KTCC bermula 27 hingga 30 November ini mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.
Pelbagai jenis makanan dan produk tempatan ditawarkan oleh usahawan kecil untuk kepada pengunjung sebagai usaha memperkenalkan produk mereka secara lebih meluas.

Mohd Firdaus meluahkan rasa syukur atas kehadiran pengunjung yang menggalakkan.
Peniaga makanan Mohd Firdaus Mohd, 27, meluahkan rasa syukur atas kehadiran pengunjung yang ramai.
“Saya melihat kehadiran pengunjung meningkat walaupun ketika ini musim tengkujuh mungkin mereka lebih selesa berkunjung ke pusat membeli-belah berbanding berada di luar memandangkan cuaca yang tidak menentu,” katanya ketika ditemui, di sini kelmarin.
Menurutnya lagi, peluang yang diberikan oleh pihak KTCC Mall sangat membantu usahawan kecil untuk mengembangkan produk mereka.

Nor Fieza sudah hampir dua tahun menyertai festival makanan di Pasar Raya KTCC.
Nor Fieza Abdul Rahman, 42, pengedar kek batik Sarawak juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai festival makanan ini.
“Sambutan orang ramai amat menggalakkan dan saya sudah hampir dua tahun menyertai karnival makanan di KTCC.
“Saya sering menerima jemputan daripada agensi kerajaan yang banyak membantu usahawan kecil dalam mempromosikan produk makanan mereka,” katanya.
Nor Fieza berharap masyarakat di luar sana akan terus memberikan sokongan kepada usahawan kecil seperti mereka agar mereka dapat terus berkembang dan menapak di masa depan.
-ZS-