Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Lawatan Gabenor Yala ke Perak Perkukuh Hubungan Dua Hala

By 19 November 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Amizan Lokman/Senaying Ahud (Hulu Perak)

GERIK, 19 Nov (Malaysiaaktif) – Lawatan kunjung hormat Gabenor Yala Thailand Ampon Phongsuwan ke negeri Perak mencerminkan hubungan erat antara kedua-dua wilayah.

Sesi bergambar sebagai kenangan antara kedua-dua wilayah.

Ketibaan delegasi Thailand disambut meriah dengan persembahan seni silat daripada Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia yang menampilkan keunikan budaya tempatan.

Pegawai Daerah Hulu Perak Mohamad Fitri Hassan mengalu-alukan ketibaan tetamu kehormat dari Yala.

“Saya berharap agar hubungan dua hala ini dapat diperkukuh dan memberi manfaat bersama kepada masyarakat di kedua-dua wilayah,” katanya ketika berucap di Dewan Persidangan Gerik, di sini semalam anjuran Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Perak.

Sebagai tanda penghargaan dan persahabatan, Mohamad turut menyampaikan cenderamata kepada Gabenor Yala sebagai simbolik terhadap komitmen dalam memelihara jalinan kerjasama antara Malaysia dan Thailand yang telah lama terjalin.

Antara deligasi Thailand yang hadir.

Delegasi Thailand meneruskan agenda lawatan ke Ipoh bagi memperluas jaringan kerjasama di samping meningkatkan pemahaman antara dua negara serumpun.

-ZS-

Tinggalkan komen anda