
Laporan/foto: Marina Idris/MBSJ (Petaling)
SERI KEMBANGAN, 21 Nov (Malaysiaaktif) – Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) memaklumkan akan membuka semula Jalan Prima Tropika serta kerja-kerja pertukaran sistem lampu isyarat di Jalan Putra Permai – Persiaran Lestari Perdana bermula pada 23 November ini.

Pelan trafik yang dikeluarkan oleh MBSJ.
Menerusi notis yang dikeluarkan semalam, MBSJ menjelaskan pelaksanaan tersebut untuk kerja-kerja naik taraf sistem lampu isyarat daripada tiga fasa ke empat fasa di laluan terbabit.
“Pembukaan semula jalan ini akan menguraikan kesesakan lalulintas kepada pengguna laluan sepanjang kerja naik taraf dilaksanakan.
“Pengguna laluan ini dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi pelan trafik yang disediakan,” jelas notis berkenaan.
MBSJ turut menasihatkan pengguna jalan raya sentiasa berhemah dan merancang perjalanan mereka untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Pembukaan semula Jalan Prima Tropika bermula 23 November ini.
-ZS-