Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

MPT Komited Lestarikan Alam Semula Jadi Bandar Taiping

By 20 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Fikri Johari/Mohd Fikri Hakim (Larut Matang dan Selama)

TAIPING, 20 Nov (Malaysiaaktif) – Majlis Perbandaran Taiping (MPT) terus komited dalam menjaga kelestarian alam semula jadi melalui Kempen Madani Go Green: Kelestarian Bandar Taiping Melalui Kitar Semula.

Goh See Hua ketika menyampaikan ucapan perasmian

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji Goh See Hua, isu pencemaran alam sekitar semakin membimbangkan akibat pembuangan sampah di merata kawasan.

“Perkara ini menjerumus terhadap peningkatan kejadian bencana alam seperti banjir kilat.

Antara penerima dari 24 zon di daerah ini yang hadir bagi menerima tong kitar semula

“Selain membantu memulihkan persekitaran yang tercemar dengan adanya tong kitar semula, usaha ini diharap dapat mendidik masyarakat supaya tidak membuang sampah di merata tempat dan mengasingkan sampah mengikut kesesuaian bahan ke dalam tong-tong kitar semula yang disediakan,” katanya ketika berucap merasmikan Kempen Madani Go Green dan Majlis Penyerahan Tong Kitar Semula kepada Jawatankuasa Penduduk di Dataran Pavilion, Zoo Taiping dan Night Safari, di sini semalam.

Tambah beliau, pelaksanaan kempen kitar semula ini juga merupakan salah satu langkah yang sangat tepat bagi mendidik dan menyedarkan masyarakat betapa pentingnya menguruskan sisa dengan bijak.

“Cara ini juga mampu mengajar masyarakat bahawa tanggungjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.

“Kempen ini bukan satu acara semata-mata, tetapi merupakan satu permulaan amalan dalam kehidupan seharian supaya masyarakat lebih cakna akan kepentingan menjaga alam sekitar untuk generasi akan datang,” katanya.

Turut hadir Yang Dipertua MPT Khairul Amir Mohamad Zubir.

-AA-

Tinggalkan komen anda