Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Opsyen SSPA Menawarkan Pelarasan Gaji Lebih Baik – Cuepacs

By 21 November 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lim Poh Choo/Chua Shim Choon (Sarawak)

KUCHING, 21 Nov (Malaysiaaktif) – Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Dr. Adnan Mat, berkata komitmen kerajaan adalah untuk memperbaiki kualiti perkhidmatan dan meningkatkan taraf hidup penjawat awam.

Adnan Mat (duduk tengah) ketika sidang media.

“Opsyen SSPA sebenarnya menawarkan pelarasan gaji yang lebih baik tanpa menjejaskan skim pencen yang sedia ada.

“Tujuan sesi lawatan Cuepacs itu adalah untuk melihat pelaksanaan skim Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) serta memberi penjelasan yang lengkap kepada penjawat awam di Sarawak,” katanya semasa sidang media selepas sesi kunjungan hormat dan lawatan Cuepacs kepada Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Sarawak Helmy Hamid di ibu pejabat JaPen Sarawak, di sini hari ini.

Salah seorang penjawat awam yang ditemui, Genda Sating, 47, berkata beliau kini lebih jelas dengan Skim SSPA memandangkan Presiden Cuepacs sendiri turun padang bersama delegasi untuk menerangkan lebih teliti berhubung opsyen tersebut.

Genda Sating.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Cuepacs kerana berjuang untuk memberi penjelasan dan penerangan kepada kami dan secara tidak langsung isu-isu yang berlegar di media sosial dapat diselesaikan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda