Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Pejabat Baharu Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak Pemangkin Industri Produk Pertanian Tempatan

By 27 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abang Hairmann Abang Fauzi (Sarawak)

SAMARAHAN, 27 Nov (Malaysiaaktif) – Pejabat baharu Petubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) yang terletak di Jalan Mutaqin di sini telah beroperasi sepenuhnya bermula 25 September yang lalu telah menjadi ‘pengubah keadaan’ kepada petani tempatan dalam mempromosikan produk jualan mereka.

Kelihatan orang ramai sedang membeli hasil pertanian di perkarangan bangunan PPNS.

Pejabat baharu tersebut yang berperanan sebagai terminal pertanian yang mencipta produk termasuk pusat pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan produk pertanian (CPPC), menjadi pusat sehenti pengumpulan hasil tanaman serta produk usahawan tempatan

“Dengan adanya pejabat baharu PPNS Kota Samarahan, maka ia dapat menjadi pemangkin bagi meningkatkan ekonomi penduduk setempat serta memasarkan produk pertanian tempatan ke peringkat global,” kata Kaunselor Majlis Perbandaran Kota Samarahan Junai Kaderi ketika ditemui semalam.

Kios yang disediakan di ruang niaga di dalam bangunan PPNS.

Selain sebagai pusat sehenti produk tempatan, Pejabat Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) turut berperanan mengadakan Festival Agro dan pemasaran produk pekebun atau peladang secara bulanan bagi peluang kepada peladang tempatan menjual hasil tanaman dan ternakan mereka.

PPNS juga menyediakan enam buah kiosk di ruang niaga di dalam bangunan PPNS untuk disewa oleh usahawan-usahawan tempatan bagi menjual produk-produk mereka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda