Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Perak Fokus Realisasi Dasar Pendidikan Digital

By 17 November 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Norfatihah Abd Jamin (Kinta)

IPOH, 17 Nov (Malaysiaaktif) – Lebih 30 pempamer terdiri daripada 16 rakan strategik memeriahkan Karnival Digital dan Inovasi Negeri Perak 2024 bagi meneraju inovasi Digital Negeri Perak, di sini kelmarin.

Khairudin melakukan lawatan ke reruai pempamer.

Menurut Pengarah Pendidikan Negeri Perak Safuan Raba’ai, karnival ini menyasarkan 2,000 murid dan 2,000 guru sepanjang dua hari karnival tersebut berlangsung.

“Pihak kami berharap para pelajar bersedia untuk menjadi generasi yang perkasa ke arah ekonomi digital pada masa hadapan.

“Karnival ini menunjukkan komitmen kita dalam memastikan digital dan inovasi dapat melahirkan lebih ramai murid fasih digital,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak Khairudin Abu Hanipah, berkata kerajaan dapat memberikan peluang usahawan digital untuk pelajar dan pendidik berkolaborasi demi melahirkan lebih ramai usahawan muda digital melalui platform ini.

Safuan ketika menyampaikan ucapan aluan.

“Dasar Pendidikan Digital ini diharap dapat membantu menyelesaikan masalah jurang komunikasi antara pendidik dan pelajar,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda