Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

PKOB Daerah Petaling Beroperasi Hari Ini

By 19 November 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abdul Raof Othman (Petaling)

PETALING, 19 Nov (Malaysiaaktif) – Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Petaling beroperasi hari ini bagi persediaan fenomena air pasang besar kerana peralihan Monsun Timur Laut (MTL).

Pegawai Daerah Petaling mempengerusikan mesyuarat PKOB Peringkat Daerah Petaling.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Petaling Huzunul Khaidil Mohamed, berkata beliau telah mengarahkan semua ketua jabatan dan agensi memastikan PKOB diaktifkan di peringkat masing-masing.

“Ini bagi memudahkan operasi bantuan disalurkan kepada semua golongan yang terkesan.

“Orang ramai dimohon untuk menghubungi PKOB di talian 03-78419400 atau WhatsApp Helpline Bencana PDT Petaling di 018- 7715051 untuk melaporkan bencana di kawasan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Pegawai Daerah Petaling turut mengingatkan pengamal media untuk mendaftarkan diri kepada Pegawai Pengurus Media Daerah Petaling yang beroperasi di PKOB, menerusi talian 03-78419400 untuk membuat liputan.

Slaid kawasan panas lokasi banjir turut di maklumkan kepada semua agensi bagi memastikan besiap sedia menghadapi MTL.

“Pihak media juga wajib memakai atau menunjukkan pas media yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia sepanjang membuat liputan,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda