
Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir (Timur Laut)
GEORGE TOWN, 21 Nov (Malaysiaktif) – Penjelasan mengenai peranan dan tanggungjawab menjalankan aktiviti untuk komuniti seperti Sesi Inspirasi Program Berasaskan Komuniti yang dianjurkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pulau Pinang penting dalam memberikan penerangan dan kefahaman kepada rakyat.

Antara tetamu yang hadir.
Menurut Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bharu Habibah Mat, taklimat sebegini amatlah baik bagi memberi pemahaman lebih jelas dan mendalam kepada wakil komuniti mengenai peranan dan tanggungjawab dalam menjalankan aktiviti serta program kepada masyarakat setempat.
“Komuniti juga memainkan peranan penting dalam pemangkin pembangunan masyarakat,” katanya.
MKN Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Sesi Inspirasi Program Berasaskan Komuniti bertempat di Dewan Sri Pinang, di sini semalam.
Taklimat berkenaan dihadiri oleh MPKK Daerah Timur Laut, MPKK Daerah Barat Daya dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Timur Laut.

Pengerusi MPKK Kampung Bharu.
Taklimat Program Berasaskan Komuniti disampaikan oleh Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang Izzuddin Barahim.
-ZS-