Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

10,000 Pengunjung Meriahkan FUT 2024

By 23 Disember 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (LMS)

TAIPING, 23 Dis (Malaysiaaktif) – Hampir 10,000 pengunjung memeriahkan Festival Udara Taiping (FUT) 2024 di Lapangan Terbang Tekah, di sini yang berlangsung selama empat hari bermula 19 Disember dan berakhir semalam.

Mohd Zolkafly ketika berucap merasmikan program FUT 2024.

Festival tersebut merupakan anjuran Kelab Sukan Udara Taiping (KESUT) dengan kerjasama Tourism Perak, Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama (LMS), Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Flytrike Sdn. Bhd. serta Persekutuan Udara Malaysia.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Datuk Mohd Zolkafly Harun, pelbagai aktiviti menarik disediakan buat para pengunjung antaranya pameran kapal terbang dan belon udara panas, tawaran pengurangan saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 50 peratus, pameran serta jualan makanan.

“Festival ini turut menarik penyertaan dari luar negara seperti Rusia, United Kingdom, Thailand, Singapore, Pakistan dan tuan rumah Malaysia dalam acara aircraft fly-in, microlight joyride, paramotor serta belon udara panas.

Antara kapal terbang yang dipamerkan untuk tatapan para pengunjung.

“Ia bukan sahaja berjaya merancakkan sektor pelancongan di negeri Perak malah meningkatkan ekonomi penduduk tempatan yang menyertai jualan makanan, barangan dan perkhidmatan,” katanya ketika berucap merasmikan program mewakili Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, kelmarin.

Hadir sama Orang Besar Jajahan LMS Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Datuk Seri Wan Mohd Isa Wan Mohd Razali, Pegawai Daerah Mohd Nasrul Menhat, wakil Ketua Polis Perak ACP Zainal Abidin Ahmad Zakaria dan Pengarah Program Protem KESUT Datuk Zulkifli Nasrom.

Tinggalkan komen anda