Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Aura Si Bunga Orkid Mampu Jana Pendapatan

By 31 Disember 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Juhaisa Azrin/Nur Bazilah (Lipis)

LIPIS, 31 Dis (Malaysiaaktif) – Orkid sememangnya mempunyai penggemarnya yang tersendiri kerana keunikan serta aura bunganya yang tidak boleh disangkal.

Midah (tiga dari kiri) turut menganjurkan kursus tanaman orkid di nurseri miliknya.

Seorang suri rumah Midah Abu Bakar, 50, dari Kampung Bukit Betong mula menceburi tanaman dan perniagaan orkid ini pada tahun 2017 di atas minat serta faktor permintaan.

“Saya sememangnya seorang peminat orkid, dari situ timbul idea untuk mengusahakan tanaman dan berniaga secara kecil-kecilan.

“Alhamdullilah dengan modal sendiri sebanyak RM5,000 serta bantuan daripada Jabatan Pertanian berbentuk tempat orkid dengan nilaian RM10,000, perniagaan ini mampu bertahan dan kian berkembang,” ujarnya, di sini semalam.

Tambahnya lagi, beliau sangat bersyukur kerana pelanggannya bukan sahaja dari sekitar daerah Lipis malahan tempahan diterima hingga ke Sabah, Kedah, Terengganu dan Perak.

Sebahagian peserta kursus yang hadir.

Selain menanam sendiri di nurseri milik beliau iaitu di Cik Midah Orchid, beliau turut mendapatkan bekalan orkid daripada pembekal Negeri Kelantan, Selangor dan Terengganu bagi menampung permintaan pelanggan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda