Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Funfair Masih Relevan, Imbau Kenangan Lalu

By 30 Disember 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid (Hilir Perak)

TELUK INTAN, 30 Dis (Malaysiaaktif) – Funfair atau taman hiburan merupakan antara lokasi popular yang pernah melalui zaman kegemilangan dan sangat digemari masyarakat tempatan sekitar tahun 1980-an yang lalu.

Ia biasanya dianjurkan pada hujung minggu terutama ketika musim cuti persekolahan bertujuan untuk menarik pengunjung datang berhibur dengan membawa seluruh isi keluarga.

Setelah lebih tiga dekad berlalu, taman hiburan ini masih menjadi pilihan warga tempatan tidak mengira kaum dan peringkat usia dan ia dapat dilihat melalui tinjauan Malaysia Aktif di funfair yang dibuka di Tapak Bazar Ramadan Teluk Intan, di sini kelmarin.

Rashid bersama keluarga.

Pengunjung tempatan Rashid Solehan, 37, merasakan funfair bukan sahaja masih relevan untuk menjadi tempat riadah dan hiburan sekeluarga namun pada masa sama ia mampu mengimbau kenangan zaman lalu.

“Tambahan lagi, pada musim cuti sekolah, Teluk Intan menjadi sebagai antara hab pelancongan utama negeri Perak dan funfair malam ini dilihat mendapat sambutan yang begitu menggalakkan,” ujarnya.

Antara permainan yang disediakan termasuk buaian pusing, keretapi dan kapal terbang kanak-kanak.

-ZS-

Tinggalkan komen anda