Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

IPD Maran Rai Rakan Media

By 23 Disember 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Surina Simat/Muhammad Nazrin Asraf

MARAN, 23 Dis (Malaysiaaktif) –Bertepatan dengan slogan ‘Polis dan Rakyat Berpisah Tiada’, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran meraikan rakan-rakan media dalam satu majlis santai, di sini hari ini.

Ketua Polis Maran ketika memberikan ucapan aluan.

Ketua Polis Daerah Maran Supt. Wong Kim Wai, berkata majlis ini diadakan khusus untuk meraikan hubungan baik bersama rakan media yang telah sekian lama menjadi rakan seperjuangan di dalam memberikan liputan, publisiti serta hebahan kejayaan atau program yang telah dianjurkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Maran.

“Kita juga mengharapkan bantuan pengamal media dalam menangani isu laporan tidak benar yang dilihat dapat memberikan impak negatif kepada masyarakat di samping meneruskan prinsip beretika dan telus dalam setiap laporan yang dikeluarkan,” katanya.

Sesi dialog bersama pihak media.

Tambah beliau lagi, IPD Maran menzahirkan rasa bangga dengan komitmen yang telah rakan media tunjukan dalam penyampaian berita dan maklumat.

Di majlis ini juga turut diadakan sesi dialog bagi memberi peluang pihak media melontarkan sebarang idea dan cadangan untuk terus memastikan hubungan kerjasama yang erat pada masa hadapan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda