
Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar/Amirul Faisal Rastan
GUA MUSANG, 4 Dis (Malaysiaaktif) – Sebuah jalan lencongan sementara yang menghubungkan penduduk Gua Musang ke Jeli kini telah siap dibina untuk memudahkan perjalanan masyarakat setempat.

Jalan Gua Musang-Jeli terputus dua.
Jalan ini berperanan sebagai laluan utama yang menghubungkan lapan kampung, melibatkan lebih 3,000 penduduk di kawasan sekitar.
Ketua Peneroka Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Meranto Mohd Khalid Sulaiman, 75, berkata jalan lencongan ini memberi manfaat besar kepada komuniti setempat, terutamanya bagi mereka yang perlu menjalankan aktiviti harian.
“Jalan alternatif lain yang sedang dibina melalui Simpang Jerek-Simpang Kemubu/Jelawang agak jauh dan ini menyukarkan penduduk, terutama pelajar yang perlu ke sekolah,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Jajahan Gua Musang Nik Raisnan Daud, memaklumkan bahawa 300 meter jalan lencongan khas untuk motosikal telah dibina dan sebanyak RM18,000 peruntukkan telah dikeluarkan untuk membina jalan ini.

Tinjauan Ketua Jajahan Gua Musang dan hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.
“Kita berharap kemudahan ini dapat memberi manfaat terutama kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya semalam.
-ZS-