
Laporan/foto: Muhammad Zarul Afify (Jasin)/Facebook Ab Rauf Yusoh
AYER KEROH 4 Dis (Malaysiaaktif) – Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Melaka bagi sesi 2023 – 2025 telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di sebuah hotel, di sini semalam.

Ucapan Ketua Menteri Melaka.
Menurut Ab Rauf, JPKK memainkan peranan penting sebagai badan perantara dan barisan hadapan yang menghubungkan penyampaian perkhidmatan serta dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat di peringkat akar umbi.
“Pada tahun ini seramai 316 Pengerusi, 316 Setiausaha dan 3,783 ahli jawatankuasa dengan jumlah keseluruhan seramai 4,505 orang ahli JPKK yang telah dilantik.
“Jadi, saya menaruh harapan dan kepercayaan yang tinggi terhadap JPKK yang dilantik untuk bertindak sebagai penghubung aspirasi kerajaan kepada rakyat,” ujarnya.

Sesi bergambar.
Menurutnya, beberapa inisiatif juga diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Melaka seperti penubuhan Kampung Digital Paramedik Komuniti (PARAKOM) dan penubuhan Pasukan Tindakan Kecemasan (CDERT) untuk memantapkan lagi peranan gerak kerja JPKK.
-ZS-