Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Jual Roti Canai Jana Pendapatan Cecah RM5,000 Sebulan

By 11 Disember 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rinta Engkamat/Nicholas Jenaka (Sarawak)

KANOWIT, 11 Dis (Malaysiaaktif) – Tiada siapa yang menyangka dengan hanya menjual roti canai mampu menjana pendapatan mencecah RM5,000 sebulan.

Azman ketika menebar roti canai.

Azman Uloi atau lebih dikenali sebagai Man Canai yang telah memulakan perniagaan membuka gerai roti canai di Gim Hai Café di sini sejak 10 tahun lalu.

Menurut Azman, 48, beliau yang sememangnya mempunyai minat yang mendalam dan mula berjinak sebagai seorang penebar roti canai setelah bertahun bekerja makan gaji.

“Inilah yang telah membakar semangat dan memberanikan diri saya untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan,” kata Azman semalam merujuk kepada faktor minat mendalam beliau untuk berniaga.

Azman Uloi bersama salah seorang pelanggan Man Canai.

Gerai roti canai beliau menawarkan pelbagai menu roti canai yang menjadi pilihan penduduk di sekitar Kanowit dengan cita rasa dan kuah yang tersendiri seperti canai telur, daging, cheese, coklat dan sebagainya.

Menurut Azman lagi, beliau mampu memperoleh pendapatan kasar sehingga sekitar RM5,000 sebulan dengan jadual operasi gerai pada setiap Isnin hingga Khamis yang dibuka pada sebelah pagi dan petang, manakala pada Jumaat dan Ahad dibuka pada sebelah pagi sahaja manakala Sabtu tidak beroperasi.

“Buat masa ini saya mempunyai dua orang pekerja untuk membantu dalam menguruskan perniagaan ini dan pelanggan serta peminat setia roti canai di sini sentiasa datang berkunjung tanpa rasa jemu bagi menikmati keenakan roti canai stall (gerai) Man Canai,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda