Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Kariah Terusan Seberang Raikan Program Santuni Madani LLM

By 11 Disember 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shaharuddin Daud/Unit Media ADUN Senaling

KUALA PILAH, 11 Dis (Malaysiaaktif) – Pemilihan Kampung Terusan Sebarang oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia bagi program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) ternyata menceriakan penduduk memandangkan kawasan ini merupakan tanah kelahiran Ketua Pengarah LLM Datuk Ir. Sazali Harun.

Ketua Pengarah dan ADUN Senaling bersama memeriksa van jenazah baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Terusan Seberang Jaafar Ludin, 63, berkata program sebegini memberi peluang para penduduk bersama-sama kepemimpinan agensi kerajaan agar mereka cakna terhadap sebarang keperluan atau isu di sesuatu kampung.

“Kami bersyukur dan berterima kasih melalui arahan yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agar semua pegawai utama kementerian dan agensi kembali ke komuniti, penduduk kampung ini dianugerahkan sebuah van jenazah yang baharu dan dua mesin rumput.

Ketua Pengarah Bersama ADUN Senaling dan kepimpinan setempat.

“Malah kami berbesar hati atas keprihatinan Ketua Pengarah LLM dan penyumbang-penyumbang untuk membantu dalam pembinaan tempat letak kenderaan Masjid Kariah Kampung Terusan seberang dan lampu jalan LED solar sepanjang Jalan Kampung Terusan Seberang- Kampung Padang Lalang,” katanya

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling merangkap Pengerusiu Jawatankuasa Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan Datuk Haji Ismail Haji Lasim dan Pengarah Kanan Pengurusan LLM Junaidah Jamni.

-ZS-

Tinggalkan komen anda