
Laporan/foto: Intan Saziana/Norisam Sahidan (Cameron Highlands)
CAMERON HIGHLANDS, 12 Dis (Malaysiaaktif) – Karnival Mini Hari Kokurikulum dan Keusahawanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Raja, di sini semalam menggalakkan dan memberi pendedahan pelajar dalam bidang perniagaan.

Karnival ini dirasmikan oleh wakil rasmi Pegawai Pendidikan Daerah Cameron Highlands.
Menurut seorang pelajar Tingkatan Satu yang ditemui, Muhamad Syarul Azrin Md Shamsul, 13, karnival ini merupakan yang pertama disertainya dan berasa seronok melihat kemeriahannya.
“Dengan adanya karnival seperti ini ia dapat memberi pendedahan awal kepada saya berkaitan dengan keusahawanan kerana di karnival ini pelajar juga diberi peluang untuk menjual hasil produk yang dibuat sendiri,” katanya.
Menurutnya lagi, selain didedahkan dengan keusahawanan, ia juga dapat memupuk semangat perpaduan kaum antara pelajar dan guru di sekolah ini.

Pelbagai aktiviti yang menarik diadakan seperti pameran oleh agensi kerajaan, gerai jualan, persembahan nyanyian, persembahan kebudayaan.
Karnival ini dirasmikan oleh wakil rasmi Pegawai Pendidikan Cameron Highlands Bokhari Mat.
-ZS-