
Laporan/foto: Sheikh Mohamed Nazim Sheikh Abd Kadir/Nor Sofian Abdul Manan
SEGAMAT, 16 Disember (Malaysiaaktif) – Kempen derma darah anjuran Komuniti MADANI Jementah dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Jementah mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat.

Peserta sedang mendaftarkan diri bagi program menderma darah.
Program yang bermula seawal pagi di Dewan Serbaguna Batu Anam, di sini semalam turut diserikan dengan kehadiran pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sekitar.
Ketua Komuniti MADANI Jementah, Tong Yah Hong, 56, berkata program ini menyasarkan seramai 50 orang penderma dengan tujuan memberi peluang kepada penduduk setempat untuk berbakti kepada masyarakat melalui sumbangan darah mereka.

Pemeriksaan kesihatan oleh petugas Pejabat Kesihatan Daerah.
“Selain memberi manfaat kepada penerima, program ini juga dapat melancarkan pengaliran darah dan membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan penderma,” katanya.
Sebagai tanda penghargaan, pihak penganjur turut menyediakan saguhati berupa barangan dapur kepada penderma yang menyertai program ini.
-ZS-