
Laporan/foto: Helmie Ekni/Norhanawati Mustafa (Sarawak)
TANJUNG MANIS, 18 Dis (Malaysiaaktif) – Mengambil kira kelebihan Belawai yang merupakan kampung tradisional nelayan yang kaya dengan hasil laut yang segar, Normah Baderas, 51, bersama anak-anaknya mengusahakan gerai menjual pais atau ‘pipus’ eksotik organ dalaman hidupan laut yang lazat.

Antara pais yang dijual.
Pais atau ‘pipus’ adalah makanan yang digaul bersama rempah, dibungkus dengan daun nipah muda kemudian dibakar atau dipanggang di atas bara api.
Salah seorang anaknya, Norhanawati Mustafa atau Hana, 20, berkata gerainya sentiasa menjadi buruan pengunjung tempatan dan luar seperti Matu, Daro, Sibu, Sarikei, Betong dan Kuching untuk menikmati pais telur ikan jan, pais telur ikan panjang, pais telur ikan tenggiri, pais telur belangkas, pais ikan buntal dan pais hati ikan pari yang dijual di gerainya di pinggir jalan Kampung Masjid Lama Belawai, di sini yang hanya dibuka pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Antara pais yang dijual.
Menurutnya, bukan mudah untuk menhasilkan pais dan ‘pipus’ organ dalaman kerana perlu melalui proses penyediaan yang teliti dan kadangkala rumit.
“Cabaran terbesar dalam mengusahakan gerai makanan ini adalah kepayahan mendapatkan stok sekiranya stok segar di kampung Belawai terjejas ekoran musim tengkujuh.
“Kami terpaksa mendapatkan stok segar di bandar terdekat seperti Sibu,” ujarnya ketika ditemui semalam.
-ZS-