
Laporan/foto: Sobri Manan/Farhana Azlin Lajis (Langkawi)
LANGKAWI, 17 Dis (Malaysiaaktif) – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bersama pihak Tourism Malaysia, Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), agensi kerajaan dan para pemain industri pelancongan Langkawi menyambut meriah ketibaan penerbangan sulung IndiGo dari Bengaluru, India ke Langkawi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi semalam.

Haslina menyantuni penumpang pesawat IndiGo.
Penerbangan ini merupakan penerbangan terus ketiga ke Langkawi selepas Scoot Air dan FlyDubai yang menawarkan penerbangan terus berjadual ke Langkawi. Penerbangan ini dibawa ke Langkawi dengan usaha sama di antara pihak LADA, Tourism Malaysia dan juga MAHB.
Acara sambutan sebagai simbolik kehadiran pelancong dari India dengan menggunakan IndiGo Airlines seramai 186 Penumpang melalui penerbangan terus dari Bengaluru ke Langkawi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Datuk Haslina Abdul Hamid, Pulau Langkawi telah mencatatkan kunjungan pelancong dari India sebanyak 124,203 pada enam bulan pertama tahun ini (2024) berbanding 132,000 pelancong pada tahun 2023.
“Jumlah ketibaan pelancong dari India dijangka akan lebih meningkat dengan adanya penerbangan terus dari Bengaluru ke Langkawi yang bermula semalam,” ujarnya.

Haslina bersama deligasi serta agensi kerajaan dan pengurusan tertinggi Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Terdahulu Kerajaan Malaysia telah memberikan pengecualian VISA selama 30 hari kepada rakyat dari negara India bermula 1 Disember 2023 hingga 31 Disember 2024.
Jumlah pelancong dari India dijangka meningkat sebanyak 10 peratus pada tahun ini asbab pelaksanaan polisi baharu iaitu pengecualian Visa selama 30 hari pada pelancong dari negara India.
Dengan adanya pengecualian VISA ini diharap dapat meningkatkan jumlah pelancong India ke Langkawi dengan anggaran sasaran seramai tiga juta orang pelancong dan dapat memberi impak yang baik terhadap ekonomi penduduk tempatan terutama pengusaha inap desa dan peniaga kecil-kecilan.
-ZS-