
Laporan/foto: Anuar Che Amat
KANGAR, 24 Dis (Malaysiaaktif) – Sempena sambutan perayaan Hari Krismas yang bakal tiba, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perlis, semalam telah mengadakan Sesi Jelajah Mesra Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2024 bagi meninjau keberadaan bekalan dan pematuhan harga oleh para peniaga.
Menurut Pengarah KPDN Perlis, Rohiada Hassan yang ditemui selepas sesi jelajah mesra itu, berkata pelaksanaan

Rohaida (kiri) bersama pegawai KPDN Perlis melihat harga barangan sempena Pelaksanaan Harga Maksimum Musim Perayaan di sebuah pasar raya.
Krismas 2024 ini berkuatkuasa dari 23 hingga 27 Disember ini dan sebanyak 14 jenis barangan telah dikenal pasti yang akan diletakan untuk kawalan di bawah skim ini.
“Antara barangan tersebut seperti ubi kentang yang di import dari negara China, kubis bulat dari Indonesia dan China, tomato, cili merah dan bawang besar,” ujarnya.
Tambah Rohiada lagi, senarai barangan, paras harga maksimum dan tempoh pelaksanaan ditentukan berdasarkan beberapa faktor seperti pemintaan dan penawaran, kos upah, cuaca dan lain lain faktor lagi dan penentuan harga ini dibuat dengan mengambil kira pandangan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan pemain industri yang lain.
“Pegawai-pegawai penguatkuasaan (KPDN) Perlis akan ditugaskan di lokasi-lokasi strategik seperti pasar awam, pasar basah, pasar tani bagi menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan untuk memastikan para peniaga mematuhi peratuhan kawalan harga yang telah ditetapkan.

Kelihatan pelanggan membeli barangan keperluan harian.
“Pihak KPDN sentiasa berkerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi memastikan bekalan barangan yang di kawal senantiasa mencukupi sepanjang tempoh skim ini berlangsung,” jelasnya.
-ZS-