Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

SHMMP Krismas 2024 Negeri Sembilan Dilancar

By 25 Disember 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasnida

SEREMBAN, 25 Dis (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan telah melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2024.

Veerapan (dua dari kiri) melakukan jelajah mesra pemantauan harga barangan keperluan.

Majlis pelancaran yang dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri Veerapan Superamania di sebuah pusat membeli-belah, di sini semalam membabitkan 14 barangang dan berkuatkuasa selama lima hari bermula 23 hingga 27 Disember ini.

Menerusi pelaksanaan SHMMP Krismas 2024, Veerapan, berkata ia akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan boleh dikenakan penalti.

“Melalui SHMMP Krismas ini pengguna dapat menikmati harga yang berpatutuan dan peniaga pula tidak tertekan dengan tempoh masa pelaksanaan yang terlalu lama.

“Kerajaan berharap semua pihak dapat mematuhi harga-harga yang telah ditetapkan ini dan menggunakan label merah jambu bagi barangan yang dikawal harganya,” katanya.

Menurutnya lagi,  pemantauan dan pemeriksaan harian oleh Pegawai-Pegawai Penguatkuasa dan Pegawai Pemantau Harga KPDN di Negeri Sembilan akan dilaksanakan di lokasi-lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan.

“Orang ramai diminta untuk membuat aduan sekiranya berlaku salah laku oleh peniaga berhubung ketidakpatuhan ke atas skim bersama butiran aduan yang lengkap melalui saluran Whatsapp ke 019- 848 8000, aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN, Pusat Panggilan 1-800-886-800, Portal Aduan: e-aduan.kpdn.gov.my,” katanya.

Turut hadir Pengarah KPDN Negeri Sembilan Muhammad Zahir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda