Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Simulasi Latih Amal Bencana Industri – Kebocoran Gas Ammonia

By 5 Disember 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Irsyad Abd. Majid/Nurul Habibah Hassan (Manjung)

SEGARI, 5 Dis (Malaysiaaktif) – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Manjung telah mengadakan Simulasi Latih Amal Bencana Industri di Loji Janakuasa Malakoff Power Berhad, Lumut Power Plant, di sini semalam bagi meningkatkan persediaan agensi penyelamat dan bantuan kecemasan pelbagai agensi lain dalam mengawal situasi kebocoran gas ammonia.

Latihan menyelamat mangsa oleh Jabatan Kesihatan.

Latihan tersebut menggabungkan beberapa pasukan keselamatan dan penyelamat serta pelbagai agensi termasuk Malakoff Berhad, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Manjung, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis serta Pejabat Penerangan Daerah.

Pegawai Daerah selaku Pengerusi JPBD Manjung Shamsul Ridzuan Idris, berkata tujuan simulasi ini adalah untuk mempersiap siagakan setiap agensi dan anggota penyelamat dalam mengetahui fungsi dan tugas masing-masing jika menghadapi sebarang kemungkinan bila-bila masa.

Peserta terlibat dalam Simulasi Latih Amal Bencana Industri di Malakoff Berhad, Lumut Power Plant, Segari.

“Simulasi ini juga diharap dapat menggambarkan situasi sebenar, tanpa diberikan persediaan awal kepada anggota. Contohnya, mengetahui masa perjalanan yang diperlukan oleh anggota penyelamat untuk sampai ke tempat kejadian serta masa perjalanan yang diperlukan untuk mangsa dihantar ke hospital,” ujarnya.

Pejabat Penerangan Daerah turut memainkan peranan menguruskan Pusat Media termasuk mengendalikan sidang media supaya sesi tersebut berjalan lancar dan penyaluran maklumat dilaksanakan dengan tepat, malah simulasi ini juga membantu mengenal pasti perkara yang perlu ditambah baik bagi memastikan keberkesanan peranan Pejabat Penerangan dalam membantu menangani bencana.

-ZS-

Tinggalkan komen anda