Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Skuad Ihsan MADANI Kementerian Komunikasi Dilancar

By 17 Disember 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim/Rahman Ishak

PUTRAJAYA, 17 Dis (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi Fahmi Fadhil telah melancarkan Skuad Ihsan MADANI Kementerian Komunikasi, di sini hari ini.

“Jadi saya dah minta supaya bersama dengan usaha Tan Sri Ketua Setiausaha Negara kita akan menggerakkan Skuad Ihsan MADANI untuk membantu pascabanjir di negeri-negeri yang terkesan,” katanya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, seramai 529 kakitangan kementerian telah mendaftar sebagai sukarelawan Skuad Ihsan MADANI yang telah melibatkan diri dalam pelbagai kerja sukarelawan di negeri masing-masing.

“Kementerian Komunikasi terus komited untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda negara.

“Empat syarikat telekomunikasi, iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan TM juga telah bersetuju menjadi rakan strategik dalam menyantuni mangsa,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Komunikasi, Jabatan Penerangan (JAPEN) turut bekerjasama dengan media arus perdana bagi memastikan maklumat yang disampaikan kepada orang ramai adalah tepat, sahih dan tidak mencetuskan panik selain meningkatkan kempen kesedaran komuniti tentang langkah keselamatan semasa banjir dan penjagaan kesihatan pascabanjir melalui platform Komuniti MADANI.

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus menyelaraskan kerja baik pulih infrastruktur komunikasi bagi memastikan orang ramai dapat terus berhubung semasa bencana.

-ZS-

Tinggalkan komen anda