Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Tambah Tabungan dengan Kitar Semula

By 28 Disember 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fauzrina Bulka/Merusin Minuddin (Sabah)

KOTA KINABALU, 28 Dis (Malaysiaaktif) –
Hampir setahun menyimpan minyak masak terpakai, akhirnya tiba masanya untuk Hezzayd Anaqi Heznan, 12, menjualnya di Pusat Lestari.

Barangan yang diterima di Pusat Lestari.

Pusat Lestari merupakan tempat pengumpulan barangan terpakai dan sisa elektronik e-buangan yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

“Ibu bapa saya sangat menyokong usaha untuk menyimpan minyak masak ini, kami memang sediakan ruang khas di belakang dapur untuk pengumpulan.

“Bekas telur ini juga saya simpan setiap bulan, kertas-kertas ini kami kumpulkan selepas membersihkan rumah,” jelasnya ketika ditemui di sini hari ini.

Barangan yang dikumpul dimuatkan dalam kereta untuk dijual.

Selepas dijual, Anaqi berjaya memperoleh RM90 hasil jualan termasuk kotak-kotak dan bateri kereta.

Menurutnya, hasil jualan itu akan dimasukkan di tabung sebagai pelaburan untuk bercuti bersama keluarga nanti.

-ZS-

Tinggalkan komen anda